ATURCARA
HARI 01 : KUALA LUMPUR – AMMAN
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum waktu berlepas. Passport, tiket dan boarding pass akan diserahkan kepada jemaah untuk bertolak ke Amman.
HARI 02 : AMMAN
Dijangka tiba Amman 5.15 pagi waktu tempatan. Selepas sarapan jemaah akan dibawa ke tempat-tempat menarik seperti :
- Laut Mati ,
- Makam Nabi Shuib dan meneruskan perjalanan ke
- PETRA . Kemudian kembali ke Amman -check in Hotel.
Selepas sarapan pagi, para jemaah akan bertolak ke Bosra untuk melawat;
- Kubu Bosra, tempat Rahib Buhairo dan kesan tapak kaki unta Nabi S.A.W. jemaah akan bertolak ke
- Nawaa untuk menziarahi Makam Imam Nawawi. Selepas itu, jemaah akan melakukan solat jama' takdim (Zohor-Asar). Kemudian jemaah akan dibawa menziarahi
- Makam Nabi Ayub A.S dan melihat
- Kolam Nabi Ayub A.S. seterusnya kembali ke Bandar Damsyik – check in hoteil.
- Pada waktu malam ziarah ke Gunung Qosiyun (menikmati keindahan Bandar Damsyik dari bahagian tertinggi pada waktu malam dikota ini. Makan malam. Acara bebas.
Selepas sarapan pagi jemaah dibawa menziarahi:
- Makam Habil (anak Nabi Adam as yang telah dibunuh oleh saudaranya Qabil yang merupakan pembunuhan pertama di dunia) terletak di Pergunungan Qalamun 45km utara Damsyik
- Lawatan sehari di Kawasan Bandar baru Damsyik termasuk:
- Muzium Kebangsaan
- Takiyeh Sulaimaniah (komplek yang dibina oleh Sultan Sulaiman The Magnificient kerajaan Usmaniah yang terdiri dari Masjid Sultan Abdul Hamid,
- Muzium Perang, pusat kraftangan dan seni Syria),
- Masjid Umawi ( terletak di dalamnya makam Nabi Yahya alaihe salam, menara Isa yang dipercayai menjadi tempat turunnya Nabi Isa di akhir zaman, mimbar 4 mazhab,
- baitulmal,
- Mashad Imam Husin ra dll),
- Makam Salahuddin Al- Ayobi (pejuang yang telah membebaskan Baitul Maqdis dari tentera Salib,
- Pintu masuk Temple of Jupiter,
- Madhat Pasha dan
- Souq At-Thawil (masa bebas membeli belah)
Selepas sarapan, bergerak ke Bazaar Al-Hamidiah untuk membeli belah dan terus ke Amman (airport) untuk berangkat ke Jeddah – Madinah.(check in hotel & rehat)
HARI 06 : MADINAH
Selepas sarapan jam 7.00 pagi, berkumpul di lobi hotel untuk ziarah:-
Ziarah Dalam
- Ziarah makam Rasulullah s.a.w dan makam para sahabat
- Raudhah
- Perkuburan Baqi
Acara bebas dengan aktiviti ibadat sendiri.
HARI 07 : MADINAH -MAKKAH
Sebelum berangkat ke Makkah jika berkesempatan jemaah bolehlah melakukan ziarah di dalam Masjid Nabi sekali lagi. Jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa
niat ihram). Rombongan akan dibawa ke Makkah (dengan pengangkutan berhawa dingin) dan singgah di miqat Bir Ali (tempat berniat umrah/haji bagi orang yang masuk ke Makkah melalui Madinah) untuk
berniat ihram umrah, dengan dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah jemaah akan mendaftar di hotel.. Setelah berehat seketika, jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadatumrah iaitu tawaf Baitullah, sa’ei dan tahallul (bercukur / bergunting). Selesai umrah jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram.
HARI 08: MAKKAH
Selepas sarapan pagi, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk program Ziarah Luar;
- Jabal Thur, Arafah,
- Jabal Rahmah,
- Jabal Nur,
- Muzdalifah,
- Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah, Ula dan wusta)
- Jemaah akan dibawa ke Ja'ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah.
HARI 12 : Atucara bebas
HARI 13 : MAKKAH – JEDDAH – AMMAN - KL
Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida’ sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudiannya akan dibawa ke lapangan terbang Jeddah untuk penerbangan ke Amman (transit).Jemaah bersiap sedia untuk penerbangan ke Kuala Lumpur. Jemaah dijangka tiba mengikut jadual yang ditetapkan
• Atucara adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis
Harga pakej RM5590 meliputi;
Tiket Penerbangan,Visa, Muassasah & Penginapan
Skim perlindungan Insuran Takaful
Makanan, Kos Pengangkutan & Aturcara Ziarah
Kursus Umrah, Cenderahati & Air Zam Zam (10 Liter)
Hotel Makkah ,Madinah
Harga untuk bilik berempat
Tambahan RM 300 seorang untuk bilik berdua
*Perbelanjaan ke Petra (Jordan ) di tanggung jemaah sendiri.
** Harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis
Makluman : Ini adalah aturcara am, semua jemaah akan melalui aturcara yang tidak jauh berbeza kecuali tempat mendarat (Jeddah atau Madinah), masa dan jumlah hari. . Bagi kanak-kanak berumur antara 2-12 tahun mendapat diskaun 20%. Sila hubungi saya untuk menempah tempat tuan-puan dan keluarga. Bayaran pendaftaran cuma RM300.